~~

BOSOU

bosou?apa itu bosou?↓


Bosou atau juga dikenali sebagai TONSOM merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum KADAZAN DUSUN, SABAH. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau jeruk.
Bagi suku kaum RANAU pula.ia dikenali sebagai ' TINABA '.bosou biasanya dihasilkan daripada ikan.


* Bosou disediakan daripada daging atau ikan mentah yang akan digaul bersama-sama dengan nasi putih, garam , dan buah.ia juga boleh ditambah dengan buah nangka,nenas muda dan tuhau bagi menambah perisa bosou.
batang pisang atau POLOD juga kadang-kadang dicampurkan kepada bosou ini. PANGGI iatu sejenis bahan pengawet boleh ditambah untuk mengelakkan bosou daripada menjadi basi / berbau busuk serta membuatkan bosou menjadi tahan lama..






campuran ini kemudiannya akan diperam di dalam bekas ( biasanya daripada tajau kecil ),botol-botol kaca juga boleh digunakan untuk menyimpan bosou...ditutup rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul masak sebelum dimakan.bosou biasanya disimpan di dalam bekas yang kedap udara dan ditutup dengan kemas..




Oleh kerana bosou mempunyai bau yang kuat, biasanya bekas menyimpan bosou dibuat kedap udara. Ini kerana bagi mengelakkan ia menarik dan dicemari lalat dan bagi mengelakkan pertumbuhan fungi. Bekas tradisi bagi menyimpan bosou adalah botol berbentuk labu yang ditutup dengan lilin lebah. Bekas tradisi lain termasuk kakanan, tetapi kini ia telah digantikan dengan bekas plastik dan botol kaca. Biasanya bosou disimpan selama lima sehingga tujuh hari sebelum dihidangkan.


contoh bosou
Bosou boleh dihidangkan begitu sahaja atau dimasak terlebih dahulu. Bosou biasanya dimasak bagi menghilangkan bau dan bagi menambah perisanya. Bawang, cili , dan bahan lain boleh ditambah bagi menambah perisa semasa memasak. Asasnya, masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja. Kebanyakan masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang dinikmati bersama nasi putih bersama bosou ini, sama seperti hidangan budu atau tempoyak yang terdapat di semenanjung Malaysia.

punca bau kaki busuk dan cara-cara menghilangkannya.~

hahhhh!!! pasti ada di antara kamu yg x suka bau yg ada pada kaki kan??nk tahu punca dan juga cara nk menghilangkannya?kalau nk tahu..kena lah baca artikel ini sehingga habis...Masalah bau kaki ini terjadi pada sesiapa sahaja .ramai yg x tahu bagaimana cara nk mengatasinya..

PUNCA BAU KAKI BUSUK

  • Tidak menukar stoking hari-hari
  • Memakai kasut semasa kaki basah atau lembap
  • Lama tak cuci kasut.
  • Memakai stoking yg tk menyerap peluh ( stoking yg nipis )
  • Memakai kasut terlalu lama
CARA MENGHILANGKAN BAU KAKI

  1. cuci kaki dengan menggunakan sabun,
  2. jangan biasakan diri dengan memakai stoking yg sama setiap hari.
  3. jangan gunakan kasut yg sama ..
  4. tinggalkan kasut yg telah dipakai selama 24 jam untuk mengeringkannya
  5. gunakan stoking yg menyerap peluh.
rendam kaki dengan air lemon ataupun air teh.

SELAMAT MENCUBA :-)