~~

Kesan dan juga akibat memakan makanan segera

* Makanan segera memang sebati dengan hidup kita. kalau kerap sangat makan makanan segera boleh menyebabkan kesan buruk pada badan. macam-macam makanan segera ada di pasaran. tapi pengguna cuma hanya tahu membeli tapi tidak tahu apa kesan yang akan diorang dapat kalau selalu sangat makan makanan segera. ™
 

Makanan segera banyak aditif / bahan campuran
Lemak Berlebihan
Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif ialah merupakan sejenis bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai bahan pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat
Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi  sedikit kalori dan tidak mempunyai zat. lanya hanya mampu mengenyangkan perut kita dan juga memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh badan kita. Bagi kanak-kanak pula, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan mereka kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu mengelakkan daripada memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) :
Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.
Garam
Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.
Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik untuk tubuh badan kita kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang berkhasiat dan  segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran . Ini kerana sayur-sayuran dan juga buaj-buahan lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia :-).

No comments:

Post a Comment